Nak Hafal Quran? Baca ni dulu
Aku ni bukanlah budak yang power menghafal, tapi Alhamdulillah dengan izin Allah SWT aku berjaya khatamkan tasmik quran bermula form 1 sampailah form 3. Aku ambik masa 3 tahun untuk habiskan hafazan aku.
And start dari situ baru aku sedar, niat aku selama setahun jagung(ketika itu) adalah bukan kerana Allah. Honestly memang aku hafal quran sebab mak ayah suruh. Ustaz tanya kenapa hafal quran boleh lah nak tipu kata kerana Allah bagai.
Kat sini aku nak share tips yang bagi aku teramatlah penting sepanjang proses aku mengkhatamkan quran. Dan kalaulah aku boleh patah balik masa, ni lah satu-satunya benda yang aku nak pesan balik kat diri aku yang lama.
Tak mau beletiaq panjang-panjang, kita straight to the point, kalau betul kita nak hafal quran, tips paling penting adalah
"NIAT KERANA NAK INGAT, BUKAN NAK KHATAM"
Dan of course lah kerana Allah. Mungkin bagi korang tips ni mungkin agak cliche, tapi nanti dulu...
Sebab benda yang aku nak highlight tentang tips ni ialah macam mana nak kekalkan niat kita dalam satu tempoh yang panjang. Kita hafal quran bukan sehari dua bang, makan bertahun-tahun.
Niat yang betul memang penting, tapi bagi aku yang lagi the biggest question is macam mana nak kekalkan niat kita dalam satu tempoh yang lama. Hah itu yang payah!! Sebab hati manusia ni cepat berubah, cepat berbolak balik. Syaitan pulak pandai 'mencantikkan' niat kita yang hakikat nya makin terpesong dari permulaan.
Kenapa aku kata cetu? Meh aku share sikit pengalaman:
PEMULAAN AKU BELAJAR TENTANG NIAT
Nni tahun first aku masuk tahfiz. Aku pernah berada dalam satu keadaan yang mana aku spend 4 jam untuk satu muka surat quran dan aku tetap tak mampu nak tasmik muka surat tu. YA, inilah muka surat yang paling lama aku spend masa untuknya. PELIK. Aku cuba juga tasmik tapi still tak lepas. Bukan sekali, berkali-kali aku try pun still tak lepas. Habis merah perut kena cubit ngan ustaz sebab baca tak ingat.
Walhal sebelum ni aku just perlu sejam lebih ja untuk setiap muka. Infact ni bukan juzuk pertama aku hafal, tapi dah juzuk ke-7.Cuma muka surat yang ni lain macam, macam Allah nak bagitau aku sesuatu.
Aku buntu. Suara pun dah serak.
"Kenapa aku tak ingat yang Allah, apa salah aku"
Dan dipendekkan cerita, aku duduk sorang-sorang muhasabah diri, nanges sebab taktau apa nak buat... sehinggalah aku jumpa satu buku yang kebetulan ada ustaz recommend untuk aku baca. Dan bab pertama yang aku belek dalam buku tu buat aku menanges gila-gila.
![]() |
| Nilah buku yang aku maksudkan, malas nak explain panjang-panjang, beli then baca sendiri haha |
Tapi hati kita , kita sorang ja yang tau. Takdak sapa boleh tipu.
Ajaibnya,lepas pada tu, aku dah boleh tasmi macam biasa. Serius!
NIAT AKU TERPESONG LAGI
Selang 2 tahun lepas tu (form 3), masa tu semua member-member aku semua pecut quran cepat sebab nak khatam awal. Fyi, masa ni otak masing-masing dah macam mesin dah, sebab masing-masing mostly dah jumpa cara hafal, so memang kejap ja nak hafal. Yalah orang kta parang kalau asah lama-lama mestilah tajam.
Khatam awal boleh dapat sijil tahfiz awal. Boleh fokus exam tahun depan. Boleh relax tahun depan. Boleh acah-acah depan budak....boleh ini....boleh itu....
And sadly kat sini sekali lagi niat aku terpesong. Aku dah tak fokus hafal sebab nak ingat. Aku hafal sebab nak khatam. Apa beza dia? haa senang ja..
Hafal nak ingat hang akan 80% mengulang 20% ja menghafal
Hafal nak khatam hang akan 95% menghafal 5% ja mengulang(mungkin tak mengulang lansung)
Ni lah fasa memecut orang kata. Aku pun turut sama berlumba-lumba tasmi. Pengaruh kawan kuat sangat time ni. Seronok sebab competetive. Kalau member tasmik lebih rela tak tidoq malam sebab nak beat balik esok. Tanpa aku sedaq ,benda 'seronok' ni yang buat aku menyesal sampai sekarang. Masa tu aku fikir
"Takpa kita pecut dulu, nanti dah habes kita mengulang kaw-kaw"
And that was the stupidest thing i had ever tho. Nampak tak macam mana syaitan 'mencantikkan' niat kita yang sebenarnya dah terpesong?
eh jap, kenapa terpesong pulak?? Ulang je lah betul-betul lepas dah khatam
Dik, cakap memang lagi senang dari buat. Meh min nak nak cerita kenapa susah nak ulang quran lepas dah tinggal lama:
- hang akan meluat dengan hafalan semula(sebab hang kena hafal balik benda yang actually hang dah hafal).
- hang makin tua dan otak hang makin tumpul(so peluang untuk hang ingat macam mula-mula dulu dah agak tipis)
- Hang akan sibuk dengan benda lain
Nevertheless, semuanya bergantung pada hang jugak. Ada ja yang mampu recover balik semua hafalan dia dulu even dia pernah tinggal lama, tapi untuk orang lembap macam aku ni, aku personally rasa benda ni susah sangat. Tambah-tambah bila usia hang dah 19 keatas, sebab masa tu hang akan busy gila dengan IPT, Jamiah and so on.
So kesimpulannya, kepada adik-adik yang terbaca blog ni dan mempunyai harapan dan masih belum menghafal quran, mengulanglah dari awal. Masa terbaik untuk mengulang quran, adalah ketika hang mula-mula menghafal quran. Ingat:
"Hafalan kali kedua takkan pernah sesempurna hafalan pertama"
dan kepada yang dah hafal dan pernah buat kesilapan yang lebih kurang sama seperti diatas, satu pesanan :
"Mengulanglah"
Allah tak tengok apa pengakhiran kita, tapi Allah tengok apa usaha kita. Sekurang-kurangnya kita sedar diri yang kita ni tak ingat. Lagi teruk kalau kita ni dah la tak ingat, pastu berlagak pulak takmau mengulang. Ore kelate panggil "Bodo sombong"
Naudzubillah min zalik.
sekian. share kalau bermanfaat

Ulasan
Catat Ulasan